PENUAIAN SAWAH PADI DI KAMPUNG INDAI: TRANSFORMASI PERTANIAN DI TUARAN
Pada 6 Januari 2025, Majlis Penuaian Sawah Padi telah berlangsung di Kampung Indai, Tuaran, menandakan kejayaan fasa pertama Projek Pembangunan Tanah Sawah Padi Terbiar. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Pengerusi LKTNS), Tuan Syaheddrul R. Joddari (Pengurus Besar), Lakeming Manggih & Doris Doreen Joloni Pegawai daripada Jataban Pertanian, Encik AK Nasruddin bin PG Sabtu daripada Jabatan Pengairan & Saliran, KK Donni Dullah (Ketua Kg Indai), KK Mohd Hisyam Abdullah (Ketua Kg. Selupoh) dan Wakil peserta Kg Indai dan barisan pengurusan LKTNS. Projek ini bertujuan menghidupkan kembali 150 ekar tanah sawah yang terbiar di daerah Tuaran dengan penyertaan seramai 21 peserta. Perancangan projek telah berjalan lancar sejak kerja-kerja awal pada Mei 2024, termasuk pembersihan jalan dan perataan tanah. Kini, tuaian pertama berjaya dilaksanakan, sementara fasa kedua dijadualkan pada April 2025. Tuan Syaheddrul R. Joddari, dalam ucapannya, menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan projek ini. Beliau turut menegaskan bahawa projek ini bukan sahaja meningkatkan hasil pertanian tetapi juga memberi impak ekonomi positif kepada komuniti tempatan. Semoga dengan kolaborasi erat antara Kerajaan, LKTNS, dan masyarakat setempat, Kampung Indai Tuaran boleh menjadi contoh transformasi sektor pertanian di Sabah di masa akan datang. #Sldbsejahterabersamakomuniti #undividedcommitment #SabahMajuJaya
PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA PENGARAH AUDIT SABAH 2025
Kelab Sukan Rekreasi SLDB telah menyertai satu pertandingan bola sepak sempena Piala Pengarah Audit Sabah yang berlangsung bermula 18 Januari - 1 Februari 2025, bertempat di Padang Sukma. Pertandingan ini telah membuka tirainya dengan perlawanan bola sepak antara KSRS VS JAN dengan keputusan perlawanan 4 - 1. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan KSRS atas kemenangan ini ! Semoga semangat kemenangan ini terus membara dalam perlawanan-perlawanan seterusnya! #Sldbsejahterabersamakomuniti #undividedcommitment #SabahMajuJaya
PERKEMBANGAN TERKINI PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA PENGARAH AUDIT SABAH 2025
Kelab Sukan Rekreasi SLDB (KSRS) telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Sepak Piala Pengarah Audit Sabah yang berlangsung dari 18 Januari hingga 1 Februari 2025, bertempat di Padang Sukma, Kota Kinabalu. Perlawanan minggu pertama menyaksikan aksi sengit antara Pasukan KSRS (SLDB) dan Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) Selepas dua perlawanan, Pasukan KSRS (SLDB) berjaya menduduki tempat pertama dalam Kumpulan A dan kini secara rasmi mara ke peringkat seterusnya dalam kejohanan ini. Syabas dan tahniah diucapkan atas usaha dan komitmen luar biasa daripada Pasukan KSRS (SLDB)! Perlawanan seterusnya akan mempertemukan Pasukan KSRS (SLDB) dengan Tuan Rumah, Jabatan Audit Negeri Sabah (JANS) yang akan berlangsung pada 25 Januari 2025 (Sabtu) jam 8 pagi. Ayuh ramai - ramai kita beri sokongan terbaik ! Semoga pasukan KSRS SLDB terus memberikan aksi terbaik dengan semangat kesukanan yang luar biasa. #Sldbsejahterabersamakomuniti #undividedcommitment #SabahMajuJaya
PASUKAN KSRS MARA KE PERLAWANAN AKHIR PIALA PENGARAH AUDIT SABAH 2025
Pasukan KSRS telah menempuh dua perlawanan pada minggu ke-2 Piala Pengarah Audit. Perlawanan pertama telah berlangung pada 25 Januari 2025 (Sabtu) dengan keputusan seri diantara KSRS vs Jabatan Audit Sabah (1-1). Manakala perlawanan kedua merupakan perlawanan peringkat separuh akhir diantara KSRS vs Jabatan Muzium Sabah dengan keputusan perlawanan 5 - 1. Selepas memenangi perlawanan tersebut, Pasukan KSRS telah berjaya mara ke peringkat AKHIR dalam Piala Pengarah Audit Sabah 2025. Perlawanan seterusnya Pasukan KSRS akan menempuh Juara peringkat kumpulan B, Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) pada 1 Februari 2024 (Sabtu) pukul 7.00 PM di Stadium Likas. Ayuh kita beramai - ramai memberi sokongan kepada kedua - dua pasukan ini. #undividedcommitment #Sldbsejahterabersamakomuniti #SabahMajuJaya
LKTNS NAIB JUARA PIALA PENGARAH AUDIT SABAH 2025
Pertandingan Piala Pengarah Audit Sabah 2025 menyaksikan persaingan yang amat sengit, dengan Pasukan LKTNS memberikan saingan hebat sehingga ke perlawanan akhir menentang Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS). Dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 1 Februari 2025 (Sabtu) di Stadium Likas, LKTNS berjuang dengan penuh semangat namun terpaksa akur dengan keputusan 1-2, menjadikan JHLS sebagai juara kejohanan tahun ini. Perlawanan akhir ini turut dihadiri oleh Tuan Syaheddrul R Joddari (Pengurus Besar LKTNS), beberapa orang pengurusan tinggi LKTNS serta kakitangan LKTNS, yang memberikan sokongan penuh kepada pasukan. Walaupun berakhir sebagai naib juara, Pasukan LKTNS telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan. Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan semangat juang yang tinggi! #undividedcommitment #LKTNSSejahteraBersamaKomuniti #SabahMajuJaya
LKTNS TAMPIL HEBAT DI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PIALA PENGARAH AUDIT SABAH 2025
Pada 1 Februari 2025 (Sabtu), pertandingan Bola Tampar Piala Pengarah Audit Sabah 2025 melabuhkan tirainya di Gelanggang Bola Tampar Likas, Kota Kinabalu, dengan aksi penuh semangat dan persaingan sengit. Pasukan LKTNS, diwakili oleh kakitangan wanita dari Ibu Pejabat dan Wilayah Barat, telah melakukan beberapa sesi latihan intensif sebagai persiapan sebelum kejohanan. Walaupun tidak mara ke perlawanan akhir, mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi dan memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan. Kejohanan ini turut disaksikan oleh pengurusan tinggi dan kakitangan LKTNS yang hadir memberikan sokongan. Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi juga mengeratkan hubungan warga kerja serta memupuk gaya hidup aktif. Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan komitmen! Semoga lebih cemerlang di kejohanan akan datang. #undividedcommitment #LKTNSSejahteraBersamaKomuniti #SabahMajuJaya