SABARAS SDN BHD (1045977-D)
Setakat tahun 2023, kadar SSL (Self-Sufficient Level) negeri Sabah masih berada pada paras rendah iaitu 22%. Beras atau nasi adalah makanan ruji rakyat di negeri Sabah yang mempunyai penduduk seramai 3.59 juta populasi, berdasarkan Banci Malaysia yang dibuat pada tahun 2020. Bagi memenuhi permintaan terhadap produk beras di negeri Sabah ini, sebanyak 78% bekalan beras datang dari negara-negara pengeksport beras antaranya Thailand dan Vietnam. Pengimport beras tunggal negara iaitu BERNAS, bertanggungjawab untuk mengimport beras putih dan juga beras istimewa sekaligus memastikan bekalan beras dalam negara sentiasa mencukupi
Sabaras telah ditubuhkan pada 14 Mei 2013 dan telah menjadi salah satu pemborong beras berlesen hasil kerjasama antara Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dengan Malamega Sdn. Bhd. bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pasaran tempatan dan rantaian bekalan produk beras import dalam negeri.
Sabaras Sdn Bhd (SSB), telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Pada 14 Mei 2015, LKTNS telah mengambil alih sepenuhnya syarikat Sabaras Sdn. Bhd., diketuai oleh Datuk Idrus bin Shafie selaku Pengerusi syarikat. Aktiviti utama syarikat SSB ialah membungkus dan mengagihkan beras import kepada pemborong dan peruncit tempatan di sekitar daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Keningau, Papar, Beaufort, dan Tambunan. Adalah menjadi matlamat syarikat untuk mengembangkan dan mempelbagaikan jenis produk borong dan runcit agar menjadi lebih kompetitif dalam pasaran di negeri Sabah.
Selain daripada beras import, Sabaras juga menjalankan aktiviti pembungkusan semula minyak masak bersubsidi berjenama
“ONSOI”, sejak tahun 2021 lagi. Kilang minyak masak “ONSOI” telah dirasmikan pada 9 September 2020 dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November tahun 2021 sehingga kini. Sabaras merupakan repacker tunggal minyak masak bersubsidi 1kg pek yang terletak di kawasan pedalaman Sabah iaitu di daerah Keningau. Fokus jualan Sabaras tertumpu kepada jualan secara borong kepada pemborong dan peruncit tempatan di beberapa kawasan seperti Keningau, Sook, Tambunan, Nabawan, dan Tenom.
Sumber
BH Online (2020). “Kerajaan lanjut konsesi BERNAS 10 tahun lagi – Ronald Kiandee.”
Izwan Abdullah (2023). “Tahap Sara Diri Beras Tempatan Sabah Masih Rendah.”