SLDB Wellness Program (SWEP) Health – East Region

Date : 15 November 2022


Kursus Penanaman Tanaman Jangka Masa Pendek Wilayah Barat

Date : 11 November 2022


Kursus Singkat Penanaman Sayur Secara Hidroponik Bertempat di Ladang Sayur Datuk Yap Yun Fook, Keningau

Date : 8 November 2022


Kursus PMMP (Plantation Micro Macro Program) Week 2 – Harvesting & Field Inspection

Date : 7-11 November 2022


Kunjungan Hormat kepada YDH DSP Nor Rafidah binti Kassim, OCPD Keningau, Sabah

Date : 4 November 2022


Lawatan Pengurusan ke Wilayah Barat

Date : 31 Oktober 2022


Sabah Agro Expo SAEX2022

Date : 28 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022


Perlawanan Persahabatan diantara Kelab Rekreasi & Sukan SLDB (KERIS) dan Sawit Kinabalu Sdn Bhd

Date : 14 Oktober 2022


Unit Hal Ehwal Pekebun-Pekebun Kecil & Unit Perundangan Ibu Pejabat telah mengadakan sesi perjumpaan di Rancangan Ladang Pegagau Semporna dengan peneroka-peneroka yang terkesan dengan masalah dokumentasi

Date : 13 Oktober 2022


Kunjungan Muhibbah ke Konsulat Republik Indonesia (KRI), Tawau

Date : 12 Oktober 2022


Majlis Kunjungan Hormat Muhibbah daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kota Kinabalu ke LKTNS

Date : 6 Oktober 2022


Kursus Basic Occupational First Aid Certification anjuran Unit Latihan SLDB bersama Unit Environment Safety & Health (ESH) SLDB 5 Oktober 2022 untuk Kakitangan SLDB Wilayah Barat & 11 Oktober 2022 untuk SLDB Wilayah Timur

Date : 5 Oktober 2022


Majlis penyampaian Sijil Audit Negara bagi Penyata Kewangan LKTNS berakhir 31 Disember 2021 telah diadakan di Pejabat Korporat LKTNS, KK Times Square

Date : 28 September 2022


Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—™๐—ถ๐˜ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ sempena Minggu Integriti Peringkat Jabatan Ketua Menteri bagi tahun 2022

Date : 24 September 2022

Venue : Dewan Maksak, Likas


Majlis Perasmian Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar Siri 3

Date : 19-20 September 2022


Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2022 anjuran Malaysian Palm Oil Board (MPOB)di Pullman Miri Waterfront, Sarawak

Date : 19 hingga 21 September 2022


SLDB Challenge Trophy 2022 Keningau GOLF & Country Club

Date : 17th & 18th September 2022


Bengkel Corruption Risk Management (CRM) anjuran Unit Latihan SLDB bersama Pegawai Integriti SLDB di Promenade Hotel, Kota Kinabalu

Date : 7 hingga 9 September 2022


Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Dengan Tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Date : 31 Ogos 2022


Program Muhibah dan Mesra Peneroka Suan Lamba dan Masyarakat Setempat

Date : 20 Ogos 2022

Venue: Dewan Rancangan Suan Lamba


Forum ANTIRASUAH dan Tatacara Mencukupi Bagi Badan Korporat & PKS (SME) Seksyen 17A Akta SPRM 2009 Kota Kinabalu, Sabah

Date : 17 Ogos 2022

SLDB Wellness Program (SWEP), Promoting Work.Life.Balance Amongst Staff

Date : 17 Ogos 2022


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara SIRIM Berhad dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah

Date : 15 Ogos 2022 (Isnin)

Venue : Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu, Sabah


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pembinaan Kilang Baja antara Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) Diversatech Fertilizer Sdn Bhd (DFSD)

Date : 11 Ogos 2022


Jemputan Kejohanan Futsal Anjuran Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu, Sabah sempena Semarak Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke 77

Date : 6 Ogos 2022


Ekspo Ternakan, Akuakultur dan Pertanian Sabah 2022 (LAA SABAH) Kali Ke-12

Date : 5-7 Ogos 2022


Bengkel Selama 2 Hari Memperkasakan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) melalui komitmen & Tanggungjawab Pengurusan

Date : 28-29 Julai 2022


Lawatan Kerja SALCRA ke Projek AET Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)

Date : 18 hingga 20 Julai 2022


Kempen Derma Darah LKTNS dengan Kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Keningau

Date : 16 Julai 2022


Lawatan Kerja Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah ke Mesej Sg. Laba, Pulau Sebatik

Date : 15 Julai 2022

Lawatan YB Menteri Dalam Negeri ke Pagalungan, Keningau

15 Julai 2022


Lawatan YB Datuk Pengerusi dan Pengurusan ke Ladang Durian Musang King, Lumiri, Nabawan

Date : 13 Julai 2022


Majlis Penutupan Program Agri Perintis Hidroponik (PRO-APP) di Kundasang Aquafarm

Date : 8 Julai 2022


Majlis Pecah Tanah Sipitang Halal Agri-Plantation Economic Development Hub (SHAPE), Kampung Iburu, Sipitang

Date : 28 Jun 2022


Majlis Pelancaran Program Agri-Perintis Hidroponik (Pro-App) di Aquafarm Mesilau, Kundasang

Date : 23 Jun 2022


Lawatan Pengerusi dan Pengurusan LKTNS ke Pagalungan dan Labang

Date : 10-11 Jun 2022


Majlis Iftar Ramadhan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Bersama Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah

Date : 26 April 2022

Venue : Masjid Al-Hidayah, Nabawan


Majlis Berbuka Puasa Bersama Peneroka (Wilayah Pantai Timur)

Date : 16-18 April 2022

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Ibu Pejabat Bersama Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah

Date: 11 April 2022


Ceramah Organizational Anti-Corruption Plan (OACP) dan Status Penarafan Risiko Agensi (SPRA)

Date : 6 April 2022


Majlis Penyerahan Cek Dividen Interim Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (KAVSB)

Date: 30 Mac 2022


Penyampaian Sijil Pendakian

Date: 30 Mac 2022


SLDB Top Management and Team Building

Date : 29 Mac 2022


Lawatan Kerja dan Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan Agensi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Pinjaman

Date : 26-28 Mac 2022


Lawatan Kerja Pengerusi LKTNS ke Wilayah Timur (SUMATALUN, KENINGAU – APAS BALUNG, TAWAU – SG. MANILA, SANDAKAN)

Date: 2-5 Mac 2022


Memorandum Persefahaman LKTNS dan Keluarga Balang Basi (KBB)

Date : 10 Februari 2022


Acara lawatan YB Datuk Pengerusi dan Pengurusan LKTNS ke Pagalungan dan Labang

Date: 28-29 Januari 2022


Penghargaan Persaraan Mr. Lai Shiang Fong

Date : 26 Januari 2022

Venue : Kapalai Room, Level 2, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu


Majlis ramah mesra YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan bersama agensi KPLB di Sabah sempena lawatan kerja rasmi YB Menteri.
Turut hadir
1)YB Datuk Jahid Jahim
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
2) YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri 1 KPLB Persekutuan
3) YBhg Datuk Ramlan Harun
Ketua Setiausaha KPLB Persekutuan
4) YBhg Dato’ Hajah Norison Ramli
Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan KPLB Persekutuan

Date: 7 Dis 2021


KURSUS PENGURUSAN STRESS DAN KESIHATAN MENTAL 2.0

Date: 23 Nov 2021

Kursus Pengurusan Stress dan Kesihatan Mental telah diadakan pada 23hb November 2021 di Kinabalu Room, Tingkat 5 Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. Kursus ini merangkumi definisi stress, faktor-faktor penyumbang, kesan fisiologi, dan strategi menanganinya. Mekanisma pengelak stress adalah sebenarnya keberkesanan pengurusan stress yang baik, dan setiap kakitangan akan belajar memperkasa diri untuk mengelakkan stress.
Kursus yang dihadiri oleh Kakitangan LKTNS (Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah) dilaksanakan bagi mempersiapkan semua kakitangan untuk mengelakkan atau mengurangkan gejala-gejala kesihatan yang boleh diakibatkan daripada stress.
Kursus ini disampaikan oleh Dr. Alexander Lavender dan Dr. Wong Haw Hou dari Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu.


BENGKEL PELAN STRATEGIK SLDB 2022-2025 (PSL2225)

Date : 22 NOV 2021

Bengkel penyediaan Pelan Strategik Lembaga 2022-2025 (PSL 2225) siri akhir telah diadakan pada 22hb November 2021 di Dewan Utama Hotel Raia, Tabung Haji. Dua siri bengkel penyediaan Pelan Strategik telah pun diadakan pada bulan September dan Oktober lepas. Bengkel ini melibatkan pengurusan LKTNS di peringkat Ibu Pejabat dan juga kedua-dua Pejabat Wilayah (Keningau dan Tawau).
Bengkel / seminar ini diadakan bertujuan bagi mengenal pasti dan memilih isu-isu strategik yang akan dijadikan keutamaan bagi memastikan okjektif jangka panjang dan pendek dapat dicapai bersesuaian dengan teras-teras utama yang telah ditetapkan.
Pelan Strategik Lembaga 2022-2025 sedang dalam proses akhir merupakan suatu persediaan untuk semua warga kerja berhadapan dengan cabaran-cabaran yang akan datang bagi memastikan LKTNS terus kekal relevan


Lawatan Pengerusi dan Pengurusan LKTNS ke Wilayah Timur telah diadakan pada 18hb โ€“ 20hb November 2021. Lawatan tersebut di ketuai oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) merangkap ADUN N.46 Nabawan, YB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin. Hadir sama semasa lawatan, Pengurus Besar LKTNS YBhg Tuan Syaheddrul R. Joddari serta barisan Pengurusan Kanan LKTNS. Lawatan kerja 3 hari tersebut merangkumi:

  1. Lawatan ke Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian dan Projek AET di Lot Mungkang Mandalan dan Lot 251 (Peringkat 3), Sandakan.
  2. Lawatan ke Pejabat AET (Tapak Cadangan Pembinaan Pejabat Wilayah), Tawau.
  3. Lawatan ke Ladang Durian milik Shan Shui, Tawau.
    Selain daripada itu, LKTNS juga telah mengadakan Majlis Penyerahan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) kategori peralatan berjumlah RM25,000.00 (untuk 5 orang peneroka daripada Pantai Timur) serta Penyerahan Bantuan Bakul Makanan bagi Peserta MESEJ Pulau Sebatik.

Date:18 โ€“ 20 Nov 2021


Lawatan Rasmi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SAFODA ke Ladang Sawit Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (KAV) pada 3 November 2021
KAVSB – Syarikat subsidiari SLDB, dgn usahasama di antara SLDB dan SAFODA.

Hadir sama daripada pihak SAFODA

  • YB HAMILD @ HAMID BIN AWANG (Pengerusi SAFODA)
  • ENCIK BAHRUL RAZJA HAJI CHUPRAT (Pengurus Besar SAFODA)
  • ENCIK ISMAIL KASSIM
    (Timbalan Pengurus Besar SAFODA)
    SLDB
  • TN SYAHEDDRUL R JODDARI (Pengurus Besar SLDB / Pengarah Urusan KAVSB)
  • ENCIK AB ROJHAN JALIL (Pengawal Operasi SLDB)
  • ENCIK MOHD. FAIZAL HAMRI (Pengawal Kewangan SLDB)
  • TUAN HAJI MISMAN MISRAN (Ketua Perladangan SLDB)
  • ENCIK JAMALUDDIN MANDU (Ketua Kejuruteraan SLDB)
  • ENCIK JASNI MOHD YUSOFF (Pengurus Wilayah Barat, SLDB)

Date: 3 Nov 2021


Lawatan Kerja YBhg Datoโ€™ Hajah Norison Binti Ramli Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Ke Negeri Sabah.

Date : 26 hingga 28 Okt 2021

  • Lawatan ke Ladang Ternakan Lembu Tenusu di Kg. Binakaan, Keningau, Sabah.
  • Lawatan ke Ladang Ternakan Lembu Tenusu, Yap Yun Fook Resources, Keningau, Sabah.
  • Lawatan ke Pusat Komuniti Desa, Tambunan, Sabah.
  • Lawatan ke Projek BALB di Ranau, Sabah (Projek Talian Penghantaran 132 KV dari Kota Belud ke Ranau).
  • Lawatan ke Projek BALB Kota Belud. Sabah.
    Hadir sama semasa lawatan Tn. Syaheddrul R. Joddari (Pengurus Besar LKTNS), En. Rezal Bin Haji Zaidi (Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah), En. Tarmizi Bin Ab. Rahman (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah), En. Amal Fariz Bin Awang (Penolong Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah), Pn. Maryani Binti Tasmiran (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Prasarana), Cik Nor Faezah Binti Ismail (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Prasarana), En. Mohd Azraie Bin Harun (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan), Pn. Noor Fadzilah Binti Abdul Rahman (Penolong Setiausaha Bahagian Prasarana), En. Mohd Syafiq Afifi Bin Bustam (Penolong Setiausaha Bahagian Prasarana), En. Johar Julasbi (Pengarah Pejabat KPLB Negeri Sabah), dan En. Mohamad Fadli Bin Abdul Rahman (Jurutera Bahagian Teknikal)

KURSUS ASAS TERNAKAN KELULUT

Date: 21 Okt 2021

Kursus ini telah dijalankan pasa 21hb Oktober 2021 dan dikendalikan oleh Prof. Madya Ts Dr Hendry Joseph dan En. Hazmi Ag. Damit.
Tujuan kursus ini adalah untuk Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran peneroka SLDB di dalam mengurus projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) iaitu ternakan lebah kelulut sebagai salah satu program menjana pendapatan sampingan Peneroka di Rancangan Ulu Dusun, Sandakan.


YB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) merangkap ADUN N.46 Nabawan, diringi Pengurus Besar LKTNS Tn. Syaheddrul R. Joddari menghadiri jemputan makan malam bersama YB Datuk Seri Mahdzir bin Khalid Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan, di Sri Gaya kediaman Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
Rapatkan saf Keluarga Malasyia Prihatin, demi pembangunan negeri Sabah amnya Malaysia yang lebih kehadapan.

Date : 18 Okt 2021


Program Vaksinasi Outreach Pekerja Ladang KAV Punteh, Belinin & Karamatoi (anak Syarikat SLDB).

Date: 22 Sep 2021


Program Vaksinasi Outreach anjuran Pemaju Mukim Suan Lamba, Pejabat Daerah Kinabatangan, KKM melalui Agensi Pelaksana SLDB Ladang Suan Lamba pada 22 September 2021.

Seramai 160 peneroka SLDB, masyarakat dan pekerja SLDB menerima suntikan vaksin jenis Pfizer di Pejabat SLDB Suan Lamba.

Date: 22 Sep 2021


Penyerahan sumbangan bantuan 200 kampit beras daripada pihak LKTNS telah dilaksanakan pada 17 September 2021 di Eastern Plaza, Tawau. LKTNS diwakili Tuan Rosli Bin Gunsu (Pemangku Pengurus Kanan Wilayah Timur), Tuan Ridwanshah Bin Bandu (Pemangku Pengurus Hal Ehwal Pekebun-Pekebun Kecil) dan Puan Murni Binti Mahadi (Penyelia Pejabat) telah membuat penyerahan kepada Datuk Hj. Abd Muis Hj. Picho Di Eastern Plaza, Tawau.


Bancian perumahan kakitangan & pekerja SLDB Wilayah Timur oleh Pasukan HR HQ & HR Wilayah Timur. Ladang Apas Balung, Merotai, Lormalong, Silabukan, Litang dan Suan lamba.

Date: 7 – 9 Sep 2021


Lawatan Pengerusi, YB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Pengurusan LKTNS ke Wilayah Barat telah diadakan pada 11 September 2021. Program merangkumi sesi dialog bersama ketua-ketua penyelaras Sinua di Pejabat Wilayah Barat LKTNS bagi membincangkan isu-isu berkaitan ladang Sinua. Selain daripada itu, rombongan pengerusi dan pengurusan juga telah melawat ke ladang KAV, Punteh bagi melawat kawasan kebakaran yang berlaku pada 04 September lepas serta memberi sedikit sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Lawatan seterusnya adalah Projek Tenusu Lembu yang terletak di Binakaan.

Date: 4-11 Sep 2021


Ziarah Prihatin oleh Pasukan HR kepada waris mantan Kakitangan Mandiang Peter Kansung di kediaman Kg Kiulu Tamparuli.

Date : 24 Ogos 2021.


Program 2 hari LKTNS yang telah dilaksanakan pada 6 Ogos 2021 dan 7 Ogos 2021 merangkumi Majlis Penyerahan Dividen Suku Kedua Tahun 2021 (April-Jun) di Nabawan dan Penyerahan Bantuan Bakul Makanan kepada kepada peserta ladang Sumatalun.

Simbolik penyerahan dividen yang berjumlah RM897,216.11 telah disempurnakan oleh Pengerusi LKTNS, YB Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin. Agihan dividen tersebut memberi manfaat kepada 1,518 peserta daripada 4 ladang (Pantai Barat Sabah) di bawah jagaan LKTNS iaitu Dalit laut, Tinagalan, Nabawan dan Tongod. Selain daripada itu, Pengurusan LKTNS juga telah membuat lawatan kerja ke Pekan Kecil Pegalungan dan seterusnya membuat penyerahan bantuan bakul makanan kepada perserta / benefisiari ladang Sumatalun.

Sebagai makluman juga, penyerahan bantuan bakul makanan ini akan dilakukan secara berperingkat dan akan diselaraskan oleh setiap ladang yang berada di bawah jagaan LKTNS. Ini merupakan salah satu inisiatif LKTNS dan Kerajaan Negeri bagi memastikan kelangsungan hidup para peserta / benefisiari yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik ini dan sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini.

Date: 6-7 Ogos 2021


MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Majlis menandatangan dan penyerahan Memorandum Persefahaman telah dilaksanakan pada 22 Julai 2021 di Pejabat Korporat SLDB (KK Times Square) di antara Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dengan 3 syarikat iaitu :

  • Greatly Hi Tech Ecopark Sdn Bhd (GHTEP)
  • Kundasang Aquafarm (KAF)
  • Raspadu Agro Sdn Bhd (RASB)

Syarikat Greatly Hi- Tech Ecopark Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab dengan Pembangunan dan latihan Sacha Inchi di Kg. Saga-Saga, Membakut.

Syarikat Kundasang Aquafarm merupakan syarikat yang bertanggungjawab dengan Pembangunan dan latihan siswazah tani dalam pertanian moden Aquaponik dengan integrasi Teknik akualultur dan hidroponik yang akan dilaksanakan di Pusat Akademik, Bingkor Keningau.

Syarikat Raspadu Agro Sdn Bhd merupakan syarikat yang akan bertanggungjawab dengan Pembangunan penanaman durian (Musang King) dan Kelapa Pandan yang terletak di Katipoh, Sipitang.

Objektif Memorandum persefahaman ini adalah :

  • Meningkatkan pendapatan para peserta/peneroka LKTNS;
  • Mendidik dan melatih secara praktikal para peserta siswazah tani yang merupakan anak- anak peserta/peneroka;
  • Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman buah-buahan tempatan yang berpotensi tinggi;
  • Selain dapat membantu usahawan bumiputera; dan
  • Meneroka tanaman/komoditi selain sawit yang mendatangkan pulangan/hasil dalam masa yang lebih singkat

Diharap dengan termeterainya MOU di antara LKTNS dan ketiga-tiga syarikat tersebut, kerjasama sedemikian akan digunakan bagi kepentingan bersama dan menyumbang kepada peningkatan dalam bidang pembangunan social peneroka dan peserta LKTNS.

Date : 22 Julai 2021


Lawatan Kerja dan Penyerahan Bantuan Bakul Makanan, Bantuan OKU dan Bantuan Baik Pulih Rumah di Wilayah Timur

Date: 17 Julai 2021


Misi jelajah bantuan bakul makanan LKTNS di teruskan ke Wilayah Timur bermula 15hb Julai 2021 sehingga 17hb Julai 2021. Rombongan LKTNS di ketuai oleh Pengerusi LKTNS, YB Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin dan Pengurus Besar LKTNS, YBhg Tuan Syaheddrul R Joddari bersama dengan Pengurusan telah membuat lawatan kerja ke Ladang Silabukan, Ladang Litang, Ladang Suan Lamba dan Ladang Sg. Manila.

Bantuan bakul makanan ini di agihkan kepada semua peneroka / peserta yang berada di bawah jagaan LKTNS. Tujuan pemberian bakul makanan ini merupakan salah satu inisiatif LKTNS dan Kerajaan Negeri bagi memastikan kelangsungan hidup peneroka / peserta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya golongan mudah terjejas.

Selain daripada itu, bantuan OKU dan bantuan Baik Pulih Rumah turut diberikan kepada peneroka / Peserta LKTNS. Objektif bantuan baik pulih rumah ini antaranya untuk meningkatkan kualiti hidup para peneroka/peserta dengan membina atau membaik pulih rumah serta menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Date: 15-17 Julai 2021