Oktober 2020 – Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan (KPLB) melibatkan kawasan komuniti di bawah kelolaan LKTNS.

Objektif program PPRT antaranya untuk meningkatkan kualiti hidup para peneroka/peserta dengan membina atau membaik pulih rumah serta menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Dalam konteks pelaksanaan PPRT ini, LKTNS sebagai agensi pelaksana menyediakan bantuan pengurusan bagi membolehkan program ini dinikmati oleh para peneroka/peserta dan zuriatnya yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak KPLB.

Sebagai permulaan, LKTNS telah diluluskan peruntukan untuk membaik pulih sebanyak 43 unit rumah melibatkan kawasan Peneroka Skim Rancangan di Pantai Timur Sabah.

LKTNS telah membaik pulih rumah Peneroka Skim Rancangan sebanyak 23 unit masing – masing di Sungai Manila (8 unit), Ulu Dusun (6 unit), dan Suan Lamba (9 unit). Manakala baki 20 unit lagi akan dilaksanakan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) ditamatkan.

Atas dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, LKTNS akan memohon peruntukan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) untuk meneruskan program ini sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

SKIM ULU DUSUN, SANDAKAN

Sebelum


SKIM SG MANILA, SANDAKAN

Sebelum

Selepas


 

Selepas

Lawatan ke rumah peserta / peneroka sebelum Program PPRT dilaksanakan.