Apas Balung

Ladang kelapa sawit di Apas-Balung, Tawau adalah salah satu skim penempatan semula kelapa sawit terbesar di negeri Sabah. Kepada penduduk di sekitar Tawau, Ladang kelapa sawit Apas-Balung adalah terkenal kerana skim penempatannya di tahun 60an, terutama bagi kawasan-kawasan seperti Ranggu, Serudung, Gading, Cocos Islander dan Tidong di mana penempatan semula telah berlaku selepas Sabah merdeka melalui Malaysia dalam tahun 1963. Sejak dari awal lagi, struktur masyarakat di penempatan semula ini adalah datangnya dari berbilang bangsa yang sekaligus membentuk budaya tersendiri ladang Apas-Balung dan Tawau. Walaubagaimanapun, masyarakat majmuk Apas-Balung ini adalah didominasikan oleh bangsa seperti Tidong, Cocos, Bugis, Jawa dan sedikit dari Filipina, manakala masyarakat asli Sabah datangnya dari sebelah pendalaman terdiri dari kaum Kadazan, Dusun dan Murut dan kaum Iban dari negeri Sarawak.


i.    TASS (Tawau Assisted Settlement Scheme)

Ladang TASS di Apas Balung pertama sekali diperkenalkan oleh kerajaan negeri (USNO) pada tahun 1962 di mana ia merangkumi sebanyak 36 peserta skim. Majoriti peserta yang terlibat dalam pemindahan semula pada masa itu adalah dari suku kaum Kadazan dan juga sedikit Cina. Penanaman getah adalah tanaman utama yang diperkenalkan pada masa itu. Pada tahun 1969, pihak LKTNS telah mengambil alih pengurusan ladang TASS dan bermulalah penanaman kelapa sawit secara meluas. Pada tahun 2002, selepas 33 tahun ladang TASS beroperasi 33 peserta terawal masih kekal sebagai peserta di bawah pengurusan LKTNS.

 

ii.   Serudung Baru

Skim serudung telah didirikan selepas tahun 1963, dan pada mulanya dihuni oleh penduduk yang datangnya dari Ulu Serudung di Kalabakan, Tawau. Penduduk dari Kalabakan ini terpaksa dipindahkan disebabkan oleh keadaan yang tidak aman pada masa konfrontasi Indonesia selepas tahun 1963 di sempadan Indonesia. Penduduk terlibat telah dipindahkan menggunakan helikopter pada masa itu oleh kerana tidak terdapat jalanraya yang menyambungkan kawasan-kawasan di Tawau kerana keadaan hutan tebal pada tahun 60an. Penduduk yang terlibat datangnya dari suku kaum Murut, Iban dan juga terdapat sedikit kaun Suluk. Selepas pemindahan ini penduduk terus melakukan aktiviti pertanian sara diri seperti penanaman padi bukit dan buah-buahan tempatan. Dalam tahun 1968, pihak LKTNS mengambil alih pengurusan ladang Serudung Baru daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri dan bermulalah era tanaman komoditi di situ. Dalam tahun 2002, pihak LKTNS telah memperkenalkan sistem sewa pajak yang mana telah menerima maklumbalas baik dari peserta.

 

iii.  Blok-31

Ladang Blok-31 telah dimulakan pada tahun 1966 merangkumi peserta sebanyak 137 dan majoriti terdiri dari suku kaum Tidong, dan sedikit Suluk dan kaum Cina. Seperti juga tanaman di penempatan terawal yang lain, tanaman utama di Blok-31 adalah getah yang telah diperkenalkan sebagai tanaman utama sehingga tahun 1969. Selepas LKTNS mengambil alik pengurusan Blok-31 secara penuh, Lembaga telah mengantikan sebanyak 740 ha tanaman getah kepada tanaman kelapa sawit. Pada tahun 2002, selepas pengstrukturan baru LKTNS telah memperkenalkan sistem sewa pajak yang telah disertai oleh 75% peserta di situ.

 

iv.  Apas I & II

Pada tahun 2002, pihak LKTNS telah memperkenalkan sistem sewa pajak kepada peserta di ladang Apas I, II, yang telah disertai oleh separuh daripada 166 jumlah peserta keseluruhan di ladang Apas 1 dan II. Separuh daripada jumlah ini telahpun berjaya untuk berdikari dan boleh menjalankan ladang masing-masing secara peribadi selepas berada di bawah pengurusan LKTNS.


Kembali