Ladang Lormalong yang terletak di Daerah Kunak merupakan salah sebuah skim penempatan peneroka yang terawal di Sabah. Skim Peneroka secara rasminya diperkenalkan sebagai “Residency Development Scheme” dalam tahun 1962 dan mula dibangunkan pada Februari 1968. Mulanya Skim ini ditadbirurus oleh Kementerian Pertanian kemudian pada tahun 1969, LKTNS telah diberi mandat untuk mengurus Skim ini. Pada mulanya, seramai 71 orang peneroka yang terdiri dari kalangan nelayan tempatan yang dipilih dan menyertai Skim ini tetapi kesemuanya telah menarik diri untuk kembali kepada aktiviti asal mereka. Peneroka skim ini digantikan dengan sebilangan masyarakat petani dari pantai barat Sabah iaitu Bajau (Tuaran) dan Murut (Tenom). Terdapat juga sebilangan kecil masyarakat Iban (Sarawak) turut menyertai skim ini selepas berhenti bekerja dalam industri pembalakan di kawasan Merotai, Daerah Tawau. Pada tahun 1995 (setahun sebelum pengkorporatan LKTNS), program penanaman semula telah dilaksanakan dan hanya seramai 33 peneroka yang meneruskan dan mengikuti skim ini.

Kembali