Suan Lamba


Selepas penubuhan LKTNS pada tahun 1969, skim ini telah dipindahkan di bawah LKTNS dengan memperkenalkan program dan membangun kawasan peneroka di Suan Lamba dari tahun 1970-1971 dan di antara tahun 1985-1986. Pada tahun 1983, LKTNS memperkenal kan sistem KP/KB bermaksud ladang ini diurus oleh peneroka itu sendiri. Kemudian, koperasi mengambil alih pengurusan ladang yang dibantu oleh LKTNS dengan memperkenalkan pengurusan secara “Koperasi Peneroka Berdikari’. Pada tahun 1986, jumlah peneroka telah meningkat seramai 215 orang tetapi pengurusan oleh koperasi telah berhenti.

Pada tahun 2001, sekali lagi skim ini diletakan dibawah pengurusan LKTNS. Program penanaman semula dengan memperkenalkan sistem sewa pajak baharu telah dibuat selapas mendapat persetujuan dari peneroka pada tahun 2002, 2003 dan 2004. Kini seramai 173 peneroka dengan keluasan 840 hektar masih mengikuti skim ini, manakala seramai 47 orang peneroka mengambil keputusan untuk berdikari memajukan ladang mereka sendiri.


 

Kembali