Klias

Ladang Klias terletak di daerah Beaufort, Sabah. Pada tahun 1964, kawasan Ladang Klias ini adalah diurus oleh Jabatan Pertanian daerah Beaufort. Pengurusan ladang ini telah diambil alih oleh pihak LKTNS dalam tahun 1969 dengan memulakan sebuah tapak semaian anak benih sawit sebanyak 7 hektar di Kampung Melabu. Penempatan semula penduduk di Klias telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Pertama Sabah, Tun Pangiran Haji Ahmad Raffae dalam tahun 1968. Peserta skim telah mula datang ke penempatan antara tahun 1969 ke tahun 1986. Penempatan semula di Klias mengambil masa yang agak lama adalah disebabkan oleh pengubahsuaian tempat di mana sistem perparitan yang perlu didirikan sebelum pemindahan penduduk mengikut fasa. Sistem perparitan telah didirikan sejak awal tahun 1965 bagi tujuan mendirikan ladang di situ.


Kembali